NADI Kesejahteraan Kendiri - Saringan Kesihatan Percuma di NADI Bengoh Minggu Pertama Januari 2026

13 Januari 2026 | Aktiviti Terkini

Pada 12 Januari 2026, iaitu pada hari Isnin, dua orang penduduk tempatan telah hadir ke NADI Bengoh untuk menjalani saringan kesihatan percuma yang disediakan kepada komuniti setempat.

Objektif utama program NADI Kesejahteraan Kendiri adalah untuk meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan menjaga kesihatan diri. Melalui inisiatif ini, NADI di seluruh Malaysia menyediakan perkhidmatan saringan kesihatan percuma kepada komuniti setempat yang memerlukan.

Selain itu, turut dikongsikan kepada peserta pada hari tersebut adalah mengenai webinar, podcast, exercise dan short tips yang disediakan dalam saluran Studio Sihat, NADI Wellbeing yang berkongsikan pelbagai maklumat tentang penyakit, senaman ringkas, tanda-tanda awal sesuatu penyakit dan lain-lain.

Diharapkan daripada ilmu yang telah dikongsikan, peserta akan mendapat info yang bermanfaat untuk menjalani kehidupan yang lebih sihat. Penyertaan aktif daripada komuniti setempat amat penting bagi memastikan kejayaan inisiatif kesihatan ini. Sekian, terima kasih.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali